Pengenalan

Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia atau lebih dikenali dengan akronim PERKASA adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia mulai 22 Julai 1975, nombor pendaftaran: PPM-009-10-22071975. Selain bergiat mengukuhkan jalinan perpaduan di kalangan ahli-ahli berdaftar, Pertubuhan NGO di bawah Jabatan Kastam Diraja Malaysia ini juga turut memperjuangkan kemajuan pembangunan kerjaya serta kebajikan ahli-ahlinya. Selain itu di bawah payung PERKASA, terdapat 14 buah Cawangan gabungannya, ternyata mampu menjamin kesatuan dan kesepakatan di kalangan keseluruhan Pegawai Kanan Kastam Diraja Malaysia dan warga JKDM amnya.

Rasional Logo Perkasa

Imej bulat berwarna biru dan kuning dan di dalam bulatan tersebut terdapat huruf PPKKM yang membentuk imej anak kunci.

Imej bulatan adalah menggambarkan:

  • Sebanyak 14 buah Cawangan berdaftar dalam Persatuan yang sentiasa bersatu di dalam mencapai tujuan dan hasratnya.
  • Tindakan kolektif dan tegas di dalam mempertahankan kepentingan Persatuan.
  • Perkataan PPKKM dalam bentuk anak kunci menggambarkan kebolehan untuk memulakan tindakan menerusi perundingan dan perbincangan mengikut lunas-lunas undang-undang.
  • Warna biru melambangkan Perlembagaan bertulis Persatuan yang melindungi hak-hak asasi dan kebebasan ahli-ahlinya.
  • Warna kuning pula melambangkan kedaulatan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
  • Moto Persatuan pula adalah: “BERSATU MAJU, SENTIASA SETIA”

Objektif

  • Untuk menjamin perpaduan keseluruhan Pegawai Kanan Kastam Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
  • Untuk memaju dan membangunkan ekonomi, sosial, pelajaran, kebudayaan dan kebajikan para ahlinya mengikut mana-mana cara yang sah di sisi undang-undang.
  • Untuk menambah dan mentadbir tabung kewangan bagi mencapai tujuan dan cita-cita persatuan.
  • Untuk mengedit, mencetak, menerbit dan mengedar jurnal, majalah, berita atau lain-lain penulisan bercetak bagi mencapai tujuan-tujuan persatuan atau meningkatkan kepentingan ahli-ahli.
  • Untuk melaksanakan apa-apa sahaja aktiviti yang dibenarkan oleh undang-undang bagi melaksanakan cita-cita persatuan.